Wednesday 24 April 2013

Tips Kuasai Bahasa Inggeris

Dulu ms sekolah rasa BI sy teruk.... Dari sekolah rendah sampai sekolah menengah sy agak fobia dgn BI... Seingat sy hanya masa Form 5 BI sy mulai ok, dan alhamdulillah masa SPM sy dpt A2 untuk BI. Malah ms interview untuk biasiswa sy penah ditanya mcm mana sy dpt improve BI sy... Ini yg sy buat :
 
1. kuasai basic grammar
basic grammar penting sbb grammar mempengaruhi maksud ayat
 
2. banyakkan membaca BI
kita boleh baca apa saja, novel, suratkhabar, atau cukup dgn biasakan guna subtitle BI bila tgk video. Ini penting untuk biasakan diri dan latih otak kita dgn struktur ayat BI.
 
mula2 dl sy bosan sbb bila bc buku BI lambat sgt nak abis, sbb bnyk perkataan yg sy xtau dan asyik nak kena buka kamus. satu hari sorg pak sedara sy bg tips, dia ckp kita x perlu faham setiap perkataan yg kita baca...just cari makna bg perkataan yg penting, yg boleh jejaskan pemahaman kita. Maksudnya selagi kita boleh faham ayat tu, kita teruskan bc walau pun ada bbrp perkataan yg kita xtau maksudnya secara tepat. dan mmg ia berkesan...sy jadi lebih rajin baca buku BI sbb sy boleh bc lebih cepat dan boleh bc lbh bnyk buku (sy dl mmg sgt minat bc buku cerita). Cukup kita pastikan setiap kali kita membaca, kita dpt belajar bbrp perkataan baru..yg lebih penting, kita biasakan diri dgn ayat BI.
 
satu lg, bila membaca, kita kena latih otak kita faham grammar dan struktur ayat yg digunakan...kita kena tau knp ayat ni guna present tense, ayat ni knp guna future tense etc...
 
3. biasakan diri bercakap dlm BI
dlm semua perkara, kita mesti amalkan baru kita boleh kuasainya... tp mcm sy ni segan sket nak speaking, sbb takut slang nya x brape betul..hehe..lg pun kat rumah dan sekolah semua ckp melayu.. so sy amalkan berfikir dan bercakap dlm hati (self-talk) guna BI.. mmg bila kita sll bc dan tgk movie BI, automatik otak kita akan guna BI..
 
Ini yg sy buat sebelum ni dan sy rasa berkesan...tp sbb sy x suka speaking, so still x brape nak lancar...tp at least sy rasa dpt improve dari segi penulisan..
 
hari ni buat entri ni sbb tgh fikir mcm mana nak ajar BI kat anak2..tak boleh nak ajar cara sy ni sbb anak2 baru 6 & 8 tahun, so kena cari kaedah yg lebih sesuai...kita dh rasa camne sshnya nak kuasai BI, so kalau boleh nak tolong biar anak2 cepat belajar...
 
Next entry sy nak share cara sy nak ajar BI kat anak2 guna kaedah sy sndiri... :-)

#2. Tips Pengurusan Kewangan : Menabung PART 1

Ok, sebelum ni sy share psl jadual perancangan kewangan bulanan. Tips no.2, kita kena menabung secara tetap.
 
Konsisten
Apa maksud tetap? bkn maksudnya kita kena simpan amaun yg tetap setiap bulan...tp maksudnya kita kena disiplinkan diri kita, kena konsisten setiap bulan mesti ada sebahagian gaji kita disimpan. Amaun yg disimpan mungkin berubah-ubah, bergantung kpd gaji + lain2 income (bonus, claim) dan perbelanjaan pd bulan tersebut.
 
Menabung Sebelum Berbelanja
Lumrahnya pd hujung bln, jika ada lebihan br kita masukkan dlm simpanan. Tp cara ni biasanya kurang berkesan untuk tmbahkan tabungan kita. Betul tak? Lumrah kita manusia, ada mcm2 keperluan dan kehendak yg x terbatas..
 
So sy amalkan menabung sebelum berbelanja...maksudnya dpt je gaji sy terus masukkan sebahagiannya dlm akaun tabungan sy. Pastikan akaun tabungan adalah akaun berasingan drpd gaji supaya tabung kita tak 'bocor'.
 
Dlm jadual perancangan bulanan tu dh dimasukkan amaun untuk komitmen dan simpanan. So biasanya hari dpt gaji, sy akan lunaskan semua komitmen dan masukkan amaun untuk tabungan...
 
So hari gaji biasanya dlm akaun sy cuma tinggal baki untuk perbelanjaan tetap dan belanja2 lain. Dgn cara tu, sy sll ingat berapa baki wang gaji yg sy boleh belanjakan sehingga gaji bln dpn, so sy perlu beringat2 untuk berbelanja.
 
Banyak perkara kena amibilkira psl menabung ni...kita sambung nnt...
 

Tuesday 23 April 2013

#1. Tips Pengurusan Kewangan : Sediakan Jadual Perancangan Kewangan

 
Sy ni bukan pakar kewangan, tp just nak share tips yg sy amalkan dlm pengurusan kewangan keluarga. Kalau google mcm2 tips yg pakar2 bagi, tp belum tentu kita mampu buat kan...
 
#Tips 1 : Sediakan Jadual Perancangan Kewangan 
 
Ada pakar2 sediakan template jadual bajet keluarga..tp sy lebih suka buat sendiri, just guna excel...boleh adjust ikut keperluan kita.
 
Basic jadual yg kena ada : Jumlah pendapatan
                                          (-) Senarai komitmen tetap (loan, sewa rumah, utiliti, takaful dll)
                                          (-) Senarai simpanan (tabung haji, asb dll)
                                          (-) Perbelanjaan tetap (duit sekolah anak, barang dapur, minyak kereta dll)
                                          (-) Perbelanjaan bermusim (renew roadtax, servis kereta dll)
                                          Baki : Boleh dibelanjakan atau disimpan
 
Jumlah perbelanjaan lain hendaklah ditetapkan jumlah yg munasabah mengikut keperluan keluarga. Contohnya bulan pertama sy letakkan jumlah perbelanjaan lain ialah RM1k...tp didapati jumlah tersebut tak cukup ..so untuk bulan seterusnya sy boleh pilih sama ada nak tambahkan bajet untuk perbelanjaan atau nak cuba berjimat.
 
Skrg sy sediakan jadual lengkap untuk setahun terus. So sy boleh plan awal bila nak tambahkan simpanan, bila kena kurangkan belanja. Contohnya bulan ni sy kena renew insurans dan roadtax kereta, anggaran RM800. So sy kena kurangkan jumlah simpanan dan perbelanjaan tetap, dan mungkin bulan ni xde baki untuk belanja lain.
 
Jadual ni akan berubah ikut musim...contohnya musim nak raya kena buat jadual khas sbb bajet untuk raya kena lebih detail...:-)..
 
Bagusnya bila ada jadual ni:
1. Sy boleh buat analisis perbelanjaan - sy boleh tau bil mana yg paling tinggi, bil mana yg tiba2 tinggi dr yg sepatutnya dll
2. Sy takkan terlupa untuk byr bil - skrg semua byr online, kdg2 x tgk pun bil yg sampai. Bila dh byr, sy akan terus update kat jadual tu (kat jadual tu letak skali due date untuk semua bil dan komitmen)
3. Sy tak risau duit sy xtau habis kat mana - kdg2 kita rasa pelik xtau duit habis camtu je...gaji rs dh banyak, tp rasa x cukup gak... So bila ada jadual ni sy tau duit gaji sy dh dimanfaatkan sebaik mungkin...

Telekung Project : Le Fleur Project @ Sri Sekendi

Projek terkini TP ialah Le Fleur Project @ Sri Sekendi iaitu menambahbaik kemudahan di Asrama Kebajikan Anak-anak Yatim yang terletak di Jalan Sekendi, Sabak Bernam. Info lanjut psl rumah anak yatim ni boleh tgk kat sini:

Inilah keadaan asrama dan bilik tidur anak2 ini. So misi TP ialah untuk sediakan set bilik tidur yg selesa, dengan set katil, almari pakaian, meja study juga langsir yg baru. Manakala kelengkapan yg sedia ada akan diserahkan kepada anak2 yg masih tinggal bersama keluarga (anak2 dr keluarga yg kurang berkemampuan, perbelanjaan hidup ditanggung oleh asrama ini).

Anggaran kasar dana yg diperlukan ialah RM37k. Setakat ini dana yg telah terkumpul lebih kurang RM20k.

Jika setiap seorang dari kita sumbangkan RM10 seorang, kalau 1000 orang kita dh dpt RM10k...

Insya allah, berkat kemurahan hati rakyat Malaysia, ada rezeki anak2 ni untuk hidup lebih selesa..

Mungkin sumbangan kita yg sedikit tu dpt sediakan bilik yg selesa untuk anak2 ni, walaupun mungkin bukan secantik ini... :-)

p/s : hati tersentuh bila kenangkan nasib anak2 ini...bagaimana perasaan mereka membesar tanpa kehadiran ibu dan ayah....semoga Allah limpahkan rahmat kepada anak2 ini dan penjaga mereka...Amin..

Telekung Project

Rasanya dh ramai yg tau psl Telekung Project (TP). TP dh banyak kali masuk paper, magazine, malah dh penah masuk tv...
 
Bagi sape2 yg x tau psl TP, mai saya cerita sket...
 
TP ni mula2 digerakkan secara sukarela oleh Pn Norazila Aziz (masa tu Kak Zila ni kaunselor sekolah) bersama 2 orang anak beliau.. Diaorg bw balik telekung wakaf di masjid / surau / R&R untuk dicuci.
 
Lama kelamaan TP ni makin dpt sambutan, so diaorg buat mcm2 projek kebajikan...bukan setakat di Malaysia, malah diaorg penah kumpul dana dan hantar bermacam2 sumbangan ke Gaza...
 
Dengan sambutan yg luar biasa, TP telah didaftarkan sebagai NGO supaya pengurusannya lebih teratur, terutama dr segi kewangan. Malah Kak Zila telah berhenti kerja untuk menguruskan TP secara sepenuh masa..
 
TP ni xde sumber kewangan, tp semua projek dibiayai dengan sumbangan ikhlas penyokong2 TP.....mmg kagum, apa saja projek yg dijalankan, dana yg dikumpulkan selalunya mencapai target. Tiada paksaan, sumbangan wang dan tenaga adalah sumbangan ikhlas mereka yg bermurah hati..
 
Minggu ni Kak Zila dan team sukarelawan TP akan ke Mabul, Lahad Datu dan Semporna untuk misi kebajikan di sana. Di samping menyerahkan sumbangan kepada penduduk yg terjejas akibat insiden pencerobohan baru2 ini, misi utama mereka ialah membaikpulih sebuah kelas agama yg agak uzur di sana...
 
Pasni sy akan kongsikan projek terkini TP, Le Fleur Project @ Sri Sekendi...
 
 

Tips Mendidik Anak

Lagi tips mendidik anak... (sumber : http://hidayatulfarah.com)
 
20 tips Mendidik Anak
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
 
2. Berikan anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
 
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan
membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
 
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
 
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
 
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar...masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
 
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
 
8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
 
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
 
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.
 
11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak-anak yang datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
 
12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
 
13. Luangkanlah masa bersama anak anda di luar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami-isteri.
 
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
 
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
 
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.
 
17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
 
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
 
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
 
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.
 
 

10 Tips Didik Anak Cemerlang

Tanggungjawab sebagai ibu bapa amat berat... Jika tersilap mendidik anak2, kita akan dipersoalkan di akhirat nnt...

So sebagai ibu bapa kita juga mesti bnyk cari ilmu cara nak didik anak..kita juga mesti sll muhasabah diri, renung sejenak mungkin ada sikap dan cara didikan yg perlu kita perbaiki.

Hari ni sy nak kongsi 10 Tips Didik Anak Cemerlang
(sumber : http://pama.karangkraf.com/)

1. Konsisten dengan peraturan yang ditetapkan kepada anak-anak.
2. Apabila anak bercerita kepada anda, jadilah pendengar yang setia.
3. Bersikap jujur kepada anak.
4. Memperuntukkan masa berkualiti untuk bersama anak.
5. Pandanglah anak dengan penuh kasih sayang.
Ocean Playland di Tesco Nilai
6.Berikan penghargaan setiap kali anak melakukan perbuatan baik (pujian, pelukan, ciuman dan hadiah)
7. Tenangkan anak anda setiap kali dia memerlukannya.
8. Hargailah permainan kesayangan anak anda.
9. Berbicaralah dengan anak anda.
10. Ajaklah anak bersembahyang berjemaah dengan anda
 
Dalam 10 tips ni, sebahagiannya sy dh amalkan..tp rs masih bnyk yg perlu diperbaiki..ye lah, kita ni kdg2 bila time stress atau penat, dh x ingat dh tips2 ni semua... :-)
 
1 info yg sy dpt dr kursus psikologi yg sy attend minggu lps, 14 tahun pertama adalah waktu plg penting untuk kita terapkan corak didikan yg kita inginkan pd anak2...sbb lps umur 14 tahun, anak2 lbh selesa bersama rakan2..so kalau kita x rapatkan diri dgn anak2 dlm tempoh 14 thn pertama tu, slps umur 14 anak2 mungkin lbh bnyk luangkan masa bersama rakan2 dan lebih selesa berkongsi mslh dgn rakan2.. 
 
Bersama-sama kita perbaiki diri untuk jadi ibu bapa yg lebih baik...