Tuesday 23 April 2013

Telekung Project : Le Fleur Project @ Sri Sekendi

Projek terkini TP ialah Le Fleur Project @ Sri Sekendi iaitu menambahbaik kemudahan di Asrama Kebajikan Anak-anak Yatim yang terletak di Jalan Sekendi, Sabak Bernam. Info lanjut psl rumah anak yatim ni boleh tgk kat sini:

Inilah keadaan asrama dan bilik tidur anak2 ini. So misi TP ialah untuk sediakan set bilik tidur yg selesa, dengan set katil, almari pakaian, meja study juga langsir yg baru. Manakala kelengkapan yg sedia ada akan diserahkan kepada anak2 yg masih tinggal bersama keluarga (anak2 dr keluarga yg kurang berkemampuan, perbelanjaan hidup ditanggung oleh asrama ini).

Anggaran kasar dana yg diperlukan ialah RM37k. Setakat ini dana yg telah terkumpul lebih kurang RM20k.

Jika setiap seorang dari kita sumbangkan RM10 seorang, kalau 1000 orang kita dh dpt RM10k...

Insya allah, berkat kemurahan hati rakyat Malaysia, ada rezeki anak2 ni untuk hidup lebih selesa..

Mungkin sumbangan kita yg sedikit tu dpt sediakan bilik yg selesa untuk anak2 ni, walaupun mungkin bukan secantik ini... :-)

p/s : hati tersentuh bila kenangkan nasib anak2 ini...bagaimana perasaan mereka membesar tanpa kehadiran ibu dan ayah....semoga Allah limpahkan rahmat kepada anak2 ini dan penjaga mereka...Amin..

No comments:

Post a Comment