Dulu ms sekolah rasa BI sy teruk.... Dari sekolah rendah sampai sekolah menengah sy agak fobia dgn BI... Seingat sy hanya masa Form 5 BI sy mulai ok, dan alhamdulillah masa SPM sy dpt A2 untuk BI. Malah ms interview untuk biasiswa sy penah ditanya mcm mana sy dpt improve BI sy... Ini yg sy buat :
1. kuasai basic grammar
basic grammar penting sbb grammar mempengaruhi maksud ayat
2. banyakkan membaca BI
kita boleh baca apa saja, novel, suratkhabar, atau cukup dgn biasakan guna subtitle BI bila tgk video. Ini penting untuk biasakan diri dan latih otak kita dgn struktur ayat BI.
mula2 dl sy bosan sbb bila bc buku BI lambat sgt nak abis, sbb bnyk perkataan yg sy xtau dan asyik nak kena buka kamus. satu hari sorg pak sedara sy bg tips, dia ckp kita x perlu faham setiap perkataan yg kita baca...just cari makna bg perkataan yg penting, yg boleh jejaskan pemahaman kita. Maksudnya selagi kita boleh faham ayat tu, kita teruskan bc walau pun ada bbrp perkataan yg kita xtau maksudnya secara tepat. dan mmg ia berkesan...sy jadi lebih rajin baca buku BI sbb sy boleh bc lebih cepat dan boleh bc lbh bnyk buku (sy dl mmg sgt minat bc buku cerita). Cukup kita pastikan setiap kali kita membaca, kita dpt belajar bbrp perkataan baru..yg lebih penting, kita biasakan diri dgn ayat BI.
satu lg, bila membaca, kita kena latih otak kita faham grammar dan struktur ayat yg digunakan...kita kena tau knp ayat ni guna present tense, ayat ni knp guna future tense etc...
3. biasakan diri bercakap dlm BI
dlm semua perkara, kita mesti amalkan baru kita boleh kuasainya... tp mcm sy ni segan sket nak speaking, sbb takut slang nya x brape betul..hehe..lg pun kat rumah dan sekolah semua ckp melayu.. so sy amalkan berfikir dan bercakap dlm hati (self-talk) guna BI.. mmg bila kita sll bc dan tgk movie BI, automatik otak kita akan guna BI..
Ini yg sy buat sebelum ni dan sy rasa berkesan...tp sbb sy x suka speaking, so still x brape nak lancar...tp at least sy rasa dpt improve dari segi penulisan..
hari ni buat entri ni sbb tgh fikir mcm mana nak ajar BI kat anak2..tak boleh nak ajar cara sy ni sbb anak2 baru 6 & 8 tahun, so kena cari kaedah yg lebih sesuai...kita dh rasa camne sshnya nak kuasai BI, so kalau boleh nak tolong biar anak2 cepat belajar...
Next entry sy nak share cara sy nak ajar BI kat anak2 guna kaedah sy sndiri... :-)
No comments:
Post a Comment