Monday 22 April 2013

PRU-13 : Peringatan Untuk Penjawat Awam


Tahukah Anda?

Soalan 1:
Adakah salah jika pegawai ‘follow’ Twitter pemimpin parti politik?

Jawapan:
Tidak Salah


Soalan 2:
Adakah salah jika pegawai ‘Like’ dan ‘Share’ Facebook, ‘retweet’ artikel berkaitan politik?
 
Jawapan:
Sekiranya pegawai adalah daripada Kumpulan Pengurusan Tertinggi atau Kumpulan Pengurusan & Profesional, tindakan tersebut adalah tidak boleh sama sekali (kecuali penjawat awam di gred DG41-48 yang telah diberi kebenaran).

Jika Pegawai terdiri dari pegawai Kumpulan Pelaksana, maka perlu dapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada pihak berkuasa melulus yang ditetapkan.

Jika artikel berkenaan cenderung memihak kepada parti politik tertentu, aktiviti tersebut boleh ditafsirkan sebagai sokongan pegawai terhadap parti politik tersebut. Ia juga boleh dikatakan sebagai aktif berpolitik.

________________

Muat turun Soalan Lazim di FAQ (Soalan Lazim) Politik Penjawat Awam di Portal JPA, kerana banyak lagi persoalan ‘Versi PRU’ seperti menganggotai parti politik, borang permohonan untuk bergiat aktif politik, menghadiri ceramah parti politik dan lain-lain untuk pengetahuan semua.

No comments:

Post a Comment