Sy ni bukan pakar kewangan, tp just nak share tips yg sy amalkan dlm pengurusan kewangan keluarga. Kalau google mcm2 tips yg pakar2 bagi, tp belum tentu kita mampu buat kan...
#Tips 1 : Sediakan Jadual Perancangan Kewangan
Ada pakar2 sediakan template jadual bajet keluarga..tp sy lebih suka buat sendiri, just guna excel...boleh adjust ikut keperluan kita.
Basic jadual yg kena ada : Jumlah pendapatan
(-) Senarai komitmen tetap (loan, sewa rumah, utiliti, takaful dll)
(-) Senarai simpanan (tabung haji, asb dll)
(-) Perbelanjaan tetap (duit sekolah anak, barang dapur, minyak kereta dll)
(-) Perbelanjaan bermusim (renew roadtax, servis kereta dll)
Baki : Boleh dibelanjakan atau disimpan
Jumlah perbelanjaan lain hendaklah ditetapkan jumlah yg munasabah mengikut keperluan keluarga. Contohnya bulan pertama sy letakkan jumlah perbelanjaan lain ialah RM1k...tp didapati jumlah tersebut tak cukup ..so untuk bulan seterusnya sy boleh pilih sama ada nak tambahkan bajet untuk perbelanjaan atau nak cuba berjimat.
Skrg sy sediakan jadual lengkap untuk setahun terus. So sy boleh plan awal bila nak tambahkan simpanan, bila kena kurangkan belanja. Contohnya bulan ni sy kena renew insurans dan roadtax kereta, anggaran RM800. So sy kena kurangkan jumlah simpanan dan perbelanjaan tetap, dan mungkin bulan ni xde baki untuk belanja lain.
Jadual ni akan berubah ikut musim...contohnya musim nak raya kena buat jadual khas sbb bajet untuk raya kena lebih detail...:-)..
Bagusnya bila ada jadual ni:
1. Sy boleh buat analisis perbelanjaan - sy boleh tau bil mana yg paling tinggi, bil mana yg tiba2 tinggi dr yg sepatutnya dll
2. Sy takkan terlupa untuk byr bil - skrg semua byr online, kdg2 x tgk pun bil yg sampai. Bila dh byr, sy akan terus update kat jadual tu (kat jadual tu letak skali due date untuk semua bil dan komitmen)
3. Sy tak risau duit sy xtau habis kat mana - kdg2 kita rasa pelik xtau duit habis camtu je...gaji rs dh banyak, tp rasa x cukup gak... So bila ada jadual ni sy tau duit gaji sy dh dimanfaatkan sebaik mungkin...
No comments:
Post a Comment