Tuesday 23 April 2013

Telekung Project

Rasanya dh ramai yg tau psl Telekung Project (TP). TP dh banyak kali masuk paper, magazine, malah dh penah masuk tv...
 
Bagi sape2 yg x tau psl TP, mai saya cerita sket...
 
TP ni mula2 digerakkan secara sukarela oleh Pn Norazila Aziz (masa tu Kak Zila ni kaunselor sekolah) bersama 2 orang anak beliau.. Diaorg bw balik telekung wakaf di masjid / surau / R&R untuk dicuci.
 
Lama kelamaan TP ni makin dpt sambutan, so diaorg buat mcm2 projek kebajikan...bukan setakat di Malaysia, malah diaorg penah kumpul dana dan hantar bermacam2 sumbangan ke Gaza...
 
Dengan sambutan yg luar biasa, TP telah didaftarkan sebagai NGO supaya pengurusannya lebih teratur, terutama dr segi kewangan. Malah Kak Zila telah berhenti kerja untuk menguruskan TP secara sepenuh masa..
 
TP ni xde sumber kewangan, tp semua projek dibiayai dengan sumbangan ikhlas penyokong2 TP.....mmg kagum, apa saja projek yg dijalankan, dana yg dikumpulkan selalunya mencapai target. Tiada paksaan, sumbangan wang dan tenaga adalah sumbangan ikhlas mereka yg bermurah hati..
 
Minggu ni Kak Zila dan team sukarelawan TP akan ke Mabul, Lahad Datu dan Semporna untuk misi kebajikan di sana. Di samping menyerahkan sumbangan kepada penduduk yg terjejas akibat insiden pencerobohan baru2 ini, misi utama mereka ialah membaikpulih sebuah kelas agama yg agak uzur di sana...
 
Pasni sy akan kongsikan projek terkini TP, Le Fleur Project @ Sri Sekendi...
 
 

No comments:

Post a Comment