Wednesday 24 April 2013

Tips Kuasai Bahasa Inggeris

Dulu ms sekolah rasa BI sy teruk.... Dari sekolah rendah sampai sekolah menengah sy agak fobia dgn BI... Seingat sy hanya masa Form 5 BI sy mulai ok, dan alhamdulillah masa SPM sy dpt A2 untuk BI. Malah ms interview untuk biasiswa sy penah ditanya mcm mana sy dpt improve BI sy... Ini yg sy buat :
 
1. kuasai basic grammar
basic grammar penting sbb grammar mempengaruhi maksud ayat
 
2. banyakkan membaca BI
kita boleh baca apa saja, novel, suratkhabar, atau cukup dgn biasakan guna subtitle BI bila tgk video. Ini penting untuk biasakan diri dan latih otak kita dgn struktur ayat BI.
 
mula2 dl sy bosan sbb bila bc buku BI lambat sgt nak abis, sbb bnyk perkataan yg sy xtau dan asyik nak kena buka kamus. satu hari sorg pak sedara sy bg tips, dia ckp kita x perlu faham setiap perkataan yg kita baca...just cari makna bg perkataan yg penting, yg boleh jejaskan pemahaman kita. Maksudnya selagi kita boleh faham ayat tu, kita teruskan bc walau pun ada bbrp perkataan yg kita xtau maksudnya secara tepat. dan mmg ia berkesan...sy jadi lebih rajin baca buku BI sbb sy boleh bc lebih cepat dan boleh bc lbh bnyk buku (sy dl mmg sgt minat bc buku cerita). Cukup kita pastikan setiap kali kita membaca, kita dpt belajar bbrp perkataan baru..yg lebih penting, kita biasakan diri dgn ayat BI.
 
satu lg, bila membaca, kita kena latih otak kita faham grammar dan struktur ayat yg digunakan...kita kena tau knp ayat ni guna present tense, ayat ni knp guna future tense etc...
 
3. biasakan diri bercakap dlm BI
dlm semua perkara, kita mesti amalkan baru kita boleh kuasainya... tp mcm sy ni segan sket nak speaking, sbb takut slang nya x brape betul..hehe..lg pun kat rumah dan sekolah semua ckp melayu.. so sy amalkan berfikir dan bercakap dlm hati (self-talk) guna BI.. mmg bila kita sll bc dan tgk movie BI, automatik otak kita akan guna BI..
 
Ini yg sy buat sebelum ni dan sy rasa berkesan...tp sbb sy x suka speaking, so still x brape nak lancar...tp at least sy rasa dpt improve dari segi penulisan..
 
hari ni buat entri ni sbb tgh fikir mcm mana nak ajar BI kat anak2..tak boleh nak ajar cara sy ni sbb anak2 baru 6 & 8 tahun, so kena cari kaedah yg lebih sesuai...kita dh rasa camne sshnya nak kuasai BI, so kalau boleh nak tolong biar anak2 cepat belajar...
 
Next entry sy nak share cara sy nak ajar BI kat anak2 guna kaedah sy sndiri... :-)

#2. Tips Pengurusan Kewangan : Menabung PART 1

Ok, sebelum ni sy share psl jadual perancangan kewangan bulanan. Tips no.2, kita kena menabung secara tetap.
 
Konsisten
Apa maksud tetap? bkn maksudnya kita kena simpan amaun yg tetap setiap bulan...tp maksudnya kita kena disiplinkan diri kita, kena konsisten setiap bulan mesti ada sebahagian gaji kita disimpan. Amaun yg disimpan mungkin berubah-ubah, bergantung kpd gaji + lain2 income (bonus, claim) dan perbelanjaan pd bulan tersebut.
 
Menabung Sebelum Berbelanja
Lumrahnya pd hujung bln, jika ada lebihan br kita masukkan dlm simpanan. Tp cara ni biasanya kurang berkesan untuk tmbahkan tabungan kita. Betul tak? Lumrah kita manusia, ada mcm2 keperluan dan kehendak yg x terbatas..
 
So sy amalkan menabung sebelum berbelanja...maksudnya dpt je gaji sy terus masukkan sebahagiannya dlm akaun tabungan sy. Pastikan akaun tabungan adalah akaun berasingan drpd gaji supaya tabung kita tak 'bocor'.
 
Dlm jadual perancangan bulanan tu dh dimasukkan amaun untuk komitmen dan simpanan. So biasanya hari dpt gaji, sy akan lunaskan semua komitmen dan masukkan amaun untuk tabungan...
 
So hari gaji biasanya dlm akaun sy cuma tinggal baki untuk perbelanjaan tetap dan belanja2 lain. Dgn cara tu, sy sll ingat berapa baki wang gaji yg sy boleh belanjakan sehingga gaji bln dpn, so sy perlu beringat2 untuk berbelanja.
 
Banyak perkara kena amibilkira psl menabung ni...kita sambung nnt...
 

Tuesday 23 April 2013

#1. Tips Pengurusan Kewangan : Sediakan Jadual Perancangan Kewangan

 
Sy ni bukan pakar kewangan, tp just nak share tips yg sy amalkan dlm pengurusan kewangan keluarga. Kalau google mcm2 tips yg pakar2 bagi, tp belum tentu kita mampu buat kan...
 
#Tips 1 : Sediakan Jadual Perancangan Kewangan 
 
Ada pakar2 sediakan template jadual bajet keluarga..tp sy lebih suka buat sendiri, just guna excel...boleh adjust ikut keperluan kita.
 
Basic jadual yg kena ada : Jumlah pendapatan
                                          (-) Senarai komitmen tetap (loan, sewa rumah, utiliti, takaful dll)
                                          (-) Senarai simpanan (tabung haji, asb dll)
                                          (-) Perbelanjaan tetap (duit sekolah anak, barang dapur, minyak kereta dll)
                                          (-) Perbelanjaan bermusim (renew roadtax, servis kereta dll)
                                          Baki : Boleh dibelanjakan atau disimpan
 
Jumlah perbelanjaan lain hendaklah ditetapkan jumlah yg munasabah mengikut keperluan keluarga. Contohnya bulan pertama sy letakkan jumlah perbelanjaan lain ialah RM1k...tp didapati jumlah tersebut tak cukup ..so untuk bulan seterusnya sy boleh pilih sama ada nak tambahkan bajet untuk perbelanjaan atau nak cuba berjimat.
 
Skrg sy sediakan jadual lengkap untuk setahun terus. So sy boleh plan awal bila nak tambahkan simpanan, bila kena kurangkan belanja. Contohnya bulan ni sy kena renew insurans dan roadtax kereta, anggaran RM800. So sy kena kurangkan jumlah simpanan dan perbelanjaan tetap, dan mungkin bulan ni xde baki untuk belanja lain.
 
Jadual ni akan berubah ikut musim...contohnya musim nak raya kena buat jadual khas sbb bajet untuk raya kena lebih detail...:-)..
 
Bagusnya bila ada jadual ni:
1. Sy boleh buat analisis perbelanjaan - sy boleh tau bil mana yg paling tinggi, bil mana yg tiba2 tinggi dr yg sepatutnya dll
2. Sy takkan terlupa untuk byr bil - skrg semua byr online, kdg2 x tgk pun bil yg sampai. Bila dh byr, sy akan terus update kat jadual tu (kat jadual tu letak skali due date untuk semua bil dan komitmen)
3. Sy tak risau duit sy xtau habis kat mana - kdg2 kita rasa pelik xtau duit habis camtu je...gaji rs dh banyak, tp rasa x cukup gak... So bila ada jadual ni sy tau duit gaji sy dh dimanfaatkan sebaik mungkin...

Telekung Project : Le Fleur Project @ Sri Sekendi

Projek terkini TP ialah Le Fleur Project @ Sri Sekendi iaitu menambahbaik kemudahan di Asrama Kebajikan Anak-anak Yatim yang terletak di Jalan Sekendi, Sabak Bernam. Info lanjut psl rumah anak yatim ni boleh tgk kat sini:

Inilah keadaan asrama dan bilik tidur anak2 ini. So misi TP ialah untuk sediakan set bilik tidur yg selesa, dengan set katil, almari pakaian, meja study juga langsir yg baru. Manakala kelengkapan yg sedia ada akan diserahkan kepada anak2 yg masih tinggal bersama keluarga (anak2 dr keluarga yg kurang berkemampuan, perbelanjaan hidup ditanggung oleh asrama ini).

Anggaran kasar dana yg diperlukan ialah RM37k. Setakat ini dana yg telah terkumpul lebih kurang RM20k.

Jika setiap seorang dari kita sumbangkan RM10 seorang, kalau 1000 orang kita dh dpt RM10k...

Insya allah, berkat kemurahan hati rakyat Malaysia, ada rezeki anak2 ni untuk hidup lebih selesa..

Mungkin sumbangan kita yg sedikit tu dpt sediakan bilik yg selesa untuk anak2 ni, walaupun mungkin bukan secantik ini... :-)

p/s : hati tersentuh bila kenangkan nasib anak2 ini...bagaimana perasaan mereka membesar tanpa kehadiran ibu dan ayah....semoga Allah limpahkan rahmat kepada anak2 ini dan penjaga mereka...Amin..

Telekung Project

Rasanya dh ramai yg tau psl Telekung Project (TP). TP dh banyak kali masuk paper, magazine, malah dh penah masuk tv...
 
Bagi sape2 yg x tau psl TP, mai saya cerita sket...
 
TP ni mula2 digerakkan secara sukarela oleh Pn Norazila Aziz (masa tu Kak Zila ni kaunselor sekolah) bersama 2 orang anak beliau.. Diaorg bw balik telekung wakaf di masjid / surau / R&R untuk dicuci.
 
Lama kelamaan TP ni makin dpt sambutan, so diaorg buat mcm2 projek kebajikan...bukan setakat di Malaysia, malah diaorg penah kumpul dana dan hantar bermacam2 sumbangan ke Gaza...
 
Dengan sambutan yg luar biasa, TP telah didaftarkan sebagai NGO supaya pengurusannya lebih teratur, terutama dr segi kewangan. Malah Kak Zila telah berhenti kerja untuk menguruskan TP secara sepenuh masa..
 
TP ni xde sumber kewangan, tp semua projek dibiayai dengan sumbangan ikhlas penyokong2 TP.....mmg kagum, apa saja projek yg dijalankan, dana yg dikumpulkan selalunya mencapai target. Tiada paksaan, sumbangan wang dan tenaga adalah sumbangan ikhlas mereka yg bermurah hati..
 
Minggu ni Kak Zila dan team sukarelawan TP akan ke Mabul, Lahad Datu dan Semporna untuk misi kebajikan di sana. Di samping menyerahkan sumbangan kepada penduduk yg terjejas akibat insiden pencerobohan baru2 ini, misi utama mereka ialah membaikpulih sebuah kelas agama yg agak uzur di sana...
 
Pasni sy akan kongsikan projek terkini TP, Le Fleur Project @ Sri Sekendi...
 
 

Tips Mendidik Anak

Lagi tips mendidik anak... (sumber : http://hidayatulfarah.com)
 
20 tips Mendidik Anak
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
 
2. Berikan anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
 
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan
membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
 
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
 
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
 
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar...masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
 
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
 
8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
 
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
 
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.
 
11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak-anak yang datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
 
12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
 
13. Luangkanlah masa bersama anak anda di luar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami-isteri.
 
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
 
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
 
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.
 
17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
 
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
 
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
 
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.
 
 

10 Tips Didik Anak Cemerlang

Tanggungjawab sebagai ibu bapa amat berat... Jika tersilap mendidik anak2, kita akan dipersoalkan di akhirat nnt...

So sebagai ibu bapa kita juga mesti bnyk cari ilmu cara nak didik anak..kita juga mesti sll muhasabah diri, renung sejenak mungkin ada sikap dan cara didikan yg perlu kita perbaiki.

Hari ni sy nak kongsi 10 Tips Didik Anak Cemerlang
(sumber : http://pama.karangkraf.com/)

1. Konsisten dengan peraturan yang ditetapkan kepada anak-anak.
2. Apabila anak bercerita kepada anda, jadilah pendengar yang setia.
3. Bersikap jujur kepada anak.
4. Memperuntukkan masa berkualiti untuk bersama anak.
5. Pandanglah anak dengan penuh kasih sayang.
Ocean Playland di Tesco Nilai
6.Berikan penghargaan setiap kali anak melakukan perbuatan baik (pujian, pelukan, ciuman dan hadiah)
7. Tenangkan anak anda setiap kali dia memerlukannya.
8. Hargailah permainan kesayangan anak anda.
9. Berbicaralah dengan anak anda.
10. Ajaklah anak bersembahyang berjemaah dengan anda
 
Dalam 10 tips ni, sebahagiannya sy dh amalkan..tp rs masih bnyk yg perlu diperbaiki..ye lah, kita ni kdg2 bila time stress atau penat, dh x ingat dh tips2 ni semua... :-)
 
1 info yg sy dpt dr kursus psikologi yg sy attend minggu lps, 14 tahun pertama adalah waktu plg penting untuk kita terapkan corak didikan yg kita inginkan pd anak2...sbb lps umur 14 tahun, anak2 lbh selesa bersama rakan2..so kalau kita x rapatkan diri dgn anak2 dlm tempoh 14 thn pertama tu, slps umur 14 anak2 mungkin lbh bnyk luangkan masa bersama rakan2 dan lebih selesa berkongsi mslh dgn rakan2.. 
 
Bersama-sama kita perbaiki diri untuk jadi ibu bapa yg lebih baik... 
 





E-PSIKOLOGI JPM

Minggu lps attend kursus berkaitan pengurusan stress dan konflik..penceramah dari bhgn pengurusan psikologi JPA dan MOF.. Menarik, ada tips2 keibubapaan yg bleh diamalkan. Ada jgak ujian bertulis untuk ukur tahap stress dan tahap konflik yg kita hadapi...
 
Td saje2 menjelajah ke web2 jab kjaan, dptkan info2 terkini. Then terjumpa portal e-Psikologi JPM...bagus portal ni, ada info, ujian dan teknik pengurusan stress, kemarahan dan konflik..
 
Lumrah la kita keje kat mana2 pun mesti ada stress, kita la kena cari kaedah terbaik nak atasinya. kalau x keje pun stress jgak.. :-).
 
Jom kita pakat test tahap stress kita kat mana...klik kat sini http://internet.jpm.gov.my/epsikologi/modules/main/index.php
 

Bedak Arab

Bedak arab dah tiba... Bedak arab atau nama asalnya Kokuryu Super Summer Cake..ada yg ckp bedak ni dr Jepun, ada yg ckp dr Filipina. Actually kat kotak dia tulis Made in Philippines, manufactured by Cherry Lab beralamat di Filipina tp under license of Kokuryu Tokyo, Japan. Dipanggil bedak arab sbb bedak ni famous di kalangan wanita Arab.
 
 
Dpt je td terus try pakai..excited betul..hehe.. Mmg ok, sama mcm pakai foundation dan bedak...dan kulit muka rasa lembap,sbb dia ada mositurizer skali.
 
Cuma rasa leceh sket bila nak kena basahkan span dulu, pastu lepas guna kena basuh span tu dengan sabun, then pastikan span tu kering baru simpan balik dlm plastik dia...ye la, sy ni bukan rajin sgt bab2 camni..nampaknya bedak ni sesuai simpan kat rumah, mcm susah lak kalau nak guna kat ofis...
 
Hope bedak ni dpt bantu hilangkan jerawat dan parut kat muka ni...insya allah, kita ikhtiar, Tuhan tentukan...

Rumah di Putrajaya Untuk Penjawat Awam

Sekarang hangat psl harga rumah yg dh melampau2 di Putrajaya..hinggakan semua parti masukkan dlm manifesto PRU 13 diaorang akan turunkan harga rumah kalau menang...

Smlm kerajaan dh lancarkan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)...mesti berebut-rebut pakat nak apply...sampai hari ni portal Perbadanan Putrajaya dh xleh nak masuk, dh jem sgt kot...info lanjut refer entri sebelum ni...
 
Smlm gak baru tau rupanya Perbadanan Putrajaya ada offer jual rumah untuk kakitangan kerajaan..dgr mcm interesting,ada mcm2 jenis rumah dan dpt diskaun 25% dari harga pasaran...
 
Tapi bila tgk ni:
 
Harga Rumah Selepas Diskaun
  • Teres 2 tingkat : RM 350,000 dan ke atas.
  • Semi-D : RM 600,000 dan ke atas.
  • Banglo : RM 1.0 juta dan ke atas.
  • Townvilla : RM 250,000 dan ke atas.
  • Apartment/Kondominum : RM 200,000 dan ke atas.

  • Huhu rasa x tercapai gak hasrat nak beli rumah teres...ini harga hari ni, mungkin dah direview semula, sbb smlm harga banglo tu RM2.0 j ke atas, town villa RM280,000 ke atas.

    Kalau berminat nak tau lebih lanjut, boleh tgk kat sini : http://www.kwpkb.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=114&itemid=106..
     



    Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M).

    Bulan lepas PM ada umumkan kerajaan akan lancarkan projek perumahan untuk tolong kakitangan kerajaan beli rumah sbb rumah kat Putrajaya terutamanya dh mahal melampau.

    Semalam Perbadanan Putrajaya dah keluarkan Borang Permohonan untuk Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M).
    Sesiapa yang berminat membeli kediaman PPA1M, bolehlah download Borang PPA1M-1 di laman web Perbadanan Putrajaya atau ambil kat di Pusat Khidmat Pelanggan, Perbadanan Putrajaya. Maklumat lanjut :
     Tarikh Mula Permohonan: 16 April 2013
    Tarikh Tutup Permohonan: 9 Mei 2013 (5 petang)
    Laman web rujukan: www.ppj.gov.my
    Talian rujukan: 1-8000 8000 (1MOCC)
     
     
    Tp hari ni try masuk portal PPj tu x dpt2..dh sesak sgt kot, pakat berebut nak download borang. Ini borang PP1M-1 sy download smlm, tp sy dh convert ke jpg :
     

     
     
     
     
     
     
     
    Ada risalah PPA1M-1 tp ada mslh teknikal sket, x dpt nk attach kat sini...
     
     
     


     

    Monday 22 April 2013

    Hari JPA Bertemu Pelanggan Secara Maya

    Great...satu inovasi untuk menambahbaik perkhidmatan awam.....

    Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengadakan Hari JPA Bertemu Pelanggan Secara Maya pada 23 April 2013 (Selasa) bermula pada jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Program e-Pelanggan secara maya ini diadakan secara on line dengan melayari laman web JPA www.jpa.gov.my atau http://epelanggan.jpa.gov.my. Terdapat kaunter-kaunter Bahagian yang akan dibuka secara on line untuk menjawab secara terus berkenaan pertanyaan dan kemusykilan berhubung dasar perkhidmatan awam.

    PRU-13 : Peringatan Untuk Penjawat Awam


    Tahukah Anda?

    Soalan 1:
    Adakah salah jika pegawai ‘follow’ Twitter pemimpin parti politik?

    Jawapan:
    Tidak Salah


    Soalan 2:
    Adakah salah jika pegawai ‘Like’ dan ‘Share’ Facebook, ‘retweet’ artikel berkaitan politik?
     
    Jawapan:
    Sekiranya pegawai adalah daripada Kumpulan Pengurusan Tertinggi atau Kumpulan Pengurusan & Profesional, tindakan tersebut adalah tidak boleh sama sekali (kecuali penjawat awam di gred DG41-48 yang telah diberi kebenaran).

    Jika Pegawai terdiri dari pegawai Kumpulan Pelaksana, maka perlu dapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada pihak berkuasa melulus yang ditetapkan.

    Jika artikel berkenaan cenderung memihak kepada parti politik tertentu, aktiviti tersebut boleh ditafsirkan sebagai sokongan pegawai terhadap parti politik tersebut. Ia juga boleh dikatakan sebagai aktif berpolitik.

    ________________

    Muat turun Soalan Lazim di FAQ (Soalan Lazim) Politik Penjawat Awam di Portal JPA, kerana banyak lagi persoalan ‘Versi PRU’ seperti menganggotai parti politik, borang permohonan untuk bergiat aktif politik, menghadiri ceramah parti politik dan lain-lain untuk pengetahuan semua.

    Myracles Beauty

    Lps 2 minggu minum aura white, nmpknya x nmpk kesan positif..mungkin sbb sy x ikut pantang larangnye...
     
    Buat masa ni sy stop dl aura white...sbb muka dh makin teruk..akibat tgn yg x reti diam duk picit jerawat yg begitu bnyk naik lps minum aura white, kini muka sy penuh dgn jerawat dan parut yg masih kemerah-merahan...cuma nsb baik jerawat tu  x naik betul2 kat pipi, tp dia naik kat bhgn rahang dan bwh dagu...so x nmpk ketara sgt...
     
    
    

    Photo from http://zatiecatalyst.blogspot.com 
    Smlm terima produk baru...set myracles beauty...setiap set ada 2 produk, myracles collagen spray dan myracles collagen soap...
     
    Baca testimoni mcm hebat betul produk ni..so excited nak cuba...
     
    Smlm berkali2 duk spray muka,terutama bhgn yg bnyk jerawat tu...hehe..mcm la ada produk yg ajaib bleh cantikkan muka sekelip mata kan...
     
    Tp pagi td sy rasa mmg ada perubahan...jerawat dan parut dh mula kering,dh x rasa pedih...kulit di bahagian jerawat tu juga nmpk lebih halus (mungkin sbb bnyk sgt spray smlm...hehe)...muka pun nmpk lebih cerah...
     
    Apa yg menarik ngan spray ni sbb dia all in 1...bila guna spray ni dah x perlu guna toner, moisturizer, day cream dan night cream..so mmg sy suka sbb sy bkn jenis rajin sgt nak jaga muka...
     
    Hari ni lak tggu 1 lg produk, bedak arab..yg ni lak 3 in 1...moisturizer, foundation dan bedak... so rasa dh lengkap set penjagaan muka yg ringkas..cuci muka ngan sabun myracles, then spray pastu pakai bedak arab, siap!!...
     
    (harap2 semua produk ni berkesan untuk sy...risau jgak makin teruk lak muka ni...)

    Friday 19 April 2013

    Hijrah lagi...

    Semalam tak sempat nak update apa yg berlaku.. Semalam dipanggil ke hq, dpt surat promotion...Alhamdulillah, rezeki kami sekeluarga...dan paling tak dijangka, sy ditempatkan di pejabat yg sama dgn suami, cuma lain dept...
     
    Dalam syukur, sebenarnya risau nak ke pejabat baru,tak tahu camne beban kerja, bos ok ke x...walau bagaimanapun still think positive, tak lupa selalu berdoa mohon dipermudahkan segala urusan..
     
    Nampaknya sy akan berhijrah lagi, baru 2 bulan di ofis skrg...
     
     
    Anyway, thank you Allah....
     
     
     

    Kerang Rebus

    Td ke pasar malam...teringin nak makan kerang rebus. Sy beli sekilo,RM4....cukup la untuk sy dan suami...anak2 tak makan seafood...

    Dh lama tak buat kerang rebus, ingat2 lupa bhn2nye..maklum la, bakat memasak tak berapa nak ada...hehe... Mcm biasa, google cari resipi...rupanya ada mcm2 resipi..

    So sy pilih resipi ni..masukkan serai, bawang merah dan garam...very simple, tp sedappp...

    Ikan Tongkol Singgang Terengganu

    Semalam balik awal sket, so 'merajinkan' diri masuk dapur...hehe.. Masak 1 menu je, singgang ikan tongkol (org pantai timur panggil ikan aye)...simple je, tp suami dan anak2 suka..licin semua lauk, Aliya sampai 3x tambah...
     
    Walaupun menu ni ada di banyak negeri, tp resipinya tak sama.. Ini resipi mertua saya di T'ganu...masukkan lengkuas, kunyit, asam keping dan garam..untuk lebih sedap, masukkan kacanng bendi dan cili padi...

    Gambar lupa nak snap, tak sabar2 nak makan, tambah cicah ngan budu, memang laju je...hehe..

    ni copy dr http://www.delimazamrud.my ...saje nak ceriakan suasana.. :-)

    Wednesday 17 April 2013

    Idea Bisnes Online

    Td menjelajah ke blog2, mencari info psl bisnes...
    Berikut antara blog yg berikan info / idea camne nk mulakan bisnes :


    http://norazizahsudin.blogspot.com/


    Akan teruskan pengembaraan mencari idea yg sesuai...

    Nak bisnes apa?

    Still tgh pikir psl bisnes...
     
    ok tak kalau jual produk kesihatan / kecantikan? Mcm menarik gak, skrg mcm2 produk br keluar..
     
    tp taknak tergesa2..kita slow & steady...hehe.. Plan awal - guna sendiri produk supaya lebih yakin...pastu mungkin bleh start jd ejen dropship dulu...then br bleh kembangkan bisnes.... ok tak? :-)
     
    setakat ni dh guna aura white...tp belum dpt kesan yg diingini, kena tggu lama sket..
    dh ada plan, pasni nk start guna bedak arab, myracles spray, fellina incloss dan fellina xloss...
     
    nmpknye kena start menabung nk beli produk2 tu semua..hehe...
     
    dr blog walking dan fb, sy dh faham sket cara2 nk buat marketing...ramai yg manfaatkan fb...mmg sy rasa ada kesan, sbb sy pun dh mula 'tergoda' dgn mcm2 produk bila setiap hari pelbagai produk dipromosikan oleh rakan2...dan bagi sy, kita lbh tertarik untuk beli bila yg promote / jual tu rakan2 kita sendiri...
     
    ape2 hal pun, kita fokus dl dgn aura white ni... :-)

    Bisnes Online

    Target sy nak bersara pilihan pd umur 40 thn, lg 7 thn..tp sblm nk pencen, nak kena ada backup income, mana leh pencen camtu je..tambah lg anak2 makin besar, so belanja makin bnyk...
     
    Td saje2 menjengah blog2 yg buat bisnes online... Tertarik dengan blog ni : http://sepet88.blogspot.com ... owner tu ceritakan bagaimana dia start buat bisnes, start dengan modal paling minimum... Tp untungnya dia ramai followers, dh penah masuk dlm paper dan majalah..so walaupun br start bisnes, order mmg banyak...
     
    Sy mmg target nak buat bisnes online, sbb tujuan utama nak pencen sbb nak beri lebih tumpuan pd famili...so kalau bisnes online kita boleh manage sendiri masa kerja kita..
     
    Cuma skrg ni belum nmpk produk apa yg sesuai untuk sy mulakan bisnes. Buat masa ni sy just menjelajah ke blog2, cuba mencari idea..tak lupa juga berdoa mohon petunjuk dariNya...
     
    Hanya Dia tahu apa yg terbaik untuk kita...teruskan berdoa dan berusaha...

    Kuarters Putrajaya

    Salam semua...rasa nak buat entri psl kuarters. Dulu ms dpt twrn kuarters, excited nak tau keadaan rumah tu...ms tu tak dpt kunci lg, kena tggu 3 bln sbb kuarters nak kena baiki dl. So sy pun menjelajah ke blog2 yg ada cerita psl kuarters...
     
    So skrg turn sy lak share serba sedikit psl kuarters ni. Kami dpt apartment kelas f...tp alhamdulillah diberi jenis penthouse, so besar sket dr apartment biasa... Ini gambar rumah yg suci bersih sblm kami berpindah masuk...hehe...

    
     
     
     
     Ada 4 bilik.. Bilik tidur utama ada built-in wardrobe.. Bilik tidur 2 & 3 sama besar, bleh muat 2 katil single...1 bilik unt anak2, 1 lg sy buat bilik laundry...tempat sidai baju dan longgok baju yg belum basuh & belum lipat.. :-). 1 lg bilik agak kecil dan takde kipas siling...tak brape sesuai unt tidur, tp kalu time ada sedara mara bertandang bleh la jgak dijadikan bilik tetamu..buat ms ni sy jadikan bilik mainan anak2, so kurang sket bersepah di ruang tamu dan bilik tidur...
     
     

    Aura White

    Sekarang ni mcm2 produk kecantikan yg ada di pasaran. Sblm ni sy ni jenis x jaga penampilan. Sejak kawin, dh tak jaga sgt muka..kalo dulu ms tgh bljr, sblm tdo wajib cuci muka dl..tp skrg kalo tba2 beli produk br, rajin la smggu dua..pastu sampai expired brg tu x abis2...hehe...

    Tba2 bbrp minggu lps, rasa nk start jaga penampilan...jeles tgk muka org lain gebu dan mulus je..hehe..

    duk tgk adik ari2 duk promote mcm2 produk kat fb...akhirnya sy decide nak cuba aura white...
    Photo from http://sepet88.blogspot.com


    ni gmbr sblm start minum aura white...nmpk takde la teruk sgt, tp nk cb pudarkan bekas2 jerawat yg jadikan pipi sy mcm permukaan bulan...hehe...

    sebelum
    tp sehari lps minum aura white, timbul jerawat mcm ruam di kedua2 belah pipi....dh start cuak, risau produk ni tak sesuai ngan saya, risau jd makin teruk lak..

    tp sy decide nk terus minum..dr info2 yg dibaca, kesan bleh dilihat dlm ms 14 hari...
    Hari ke hari sy rs jerawat makin banyak, ada yg bernanah..sy pulak jenis suka picit jerawat, so makin teruk jadinya..

    Tp sy still nk teruskan..dr info2 yg di google, sy dpt simpulkan punca aura white kurang / lambat berkesan pd sy adalah kerana panduan / pantang larang berikut tak dipatuhi ;

    1. banyakkan minum air masak (tgh diusahakan)
    2. elakkan pengambilan kafein - kopi, teh dll (pyh nk elak sbb teh tarik is my favourite..hehe)
    3. elakkan pengambilan seafood (makin nak elak makin kerap lak sy mkn seafood..huhu)
    4. elakkan memicit jerawat (pyh betul nk jaga tgn ni...huhu)

    Hari ni dh hari ke-13, nmpk belum ada perubahan positif...ada je jerawat br yg tumbuh..

    takpe..jgn cepat putus asa...kita tgk kesannya lepas sy abiskan 1 jar aura white tu....
    Today...Day 13
    Day 1

    

    


    Syukur....

    Minggu ni genap 2 bulan saya dan anak2 berpindah ke Putrajaya, setelah hampir 2 tahun 'pjj'..saya dan anak2 di Tganu, manakala suami di Putrajaya..

    Alhamdulillah, setiap hari saya tak lupa panjatkan kesyukuran kpd Ilahi..terasa betapa nikmatnya kembali berkumpul anak beranak di bawah satu bumbung... Bertambah-tambah syukur kerana tempat keje br juga boleh dianggap 'ok', jauh bezanye dgn tmpt keje lama yang hari2 kepala tensen je....

    Esok ada 1 peristiwa penting - yg mungkin membawa 1 lg perubahan dlm hidup saya... Apa dia? tungguuuu... :-)

    Salam Perkenalan



    Salam perkenalan kepada semua...di blog ni saya abadikan suka duka perjalanan hidup bersama keluarga tersayang. Semoga menjadi memori yang indah untuk ditatapi pada masa akan datang... Juga ingin berkongsi apa2 yg bermanfaat untuk kebaikan bersama..
     
     

    ziana ms